Sunday 28 August 2011

kehebatan Kaabah


Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada ‘piring para bola’ untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana???
KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.
Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.
“Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
“Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat…
Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.
“Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini,” jelasnya
Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di “Centre of the earth”. Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.
Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah… Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini…

Fakta Menarik


Latte dalam bahasa Itali adalah susu.
 
Di Itali, Micky Mouse lebih dikenali dengan nama ‘Topolino’.

Neil Amstrong melangkah pertama kali di bulan dengan kaki kiri.

Shuttlecock untuk badminton harus memiliki 14 bulu.
Rusa Santa Claus bernama: Dasher, Dancer, Prancer, Vixen, Comet, Cupid, Donner, dan Blitzen.

Alphabet Hawai terdiri dari 12 huruf saja.

Nama paling popular di dunia adalah Muhammad.

Placard (poster) yang ditinggalkan Apollo 11 di bulan berbunyi “Here men from the planet Earth first set foot upon the Moon July 1969, A.D. / WE CAME IN PEACE FOR ALL MANKIND”.

Asal nama bandar Los Angeles adalah “El Pueblo la Nuestra Senora de Reina de los Angeles de la Porciuncula”.

Pada saat Napoleon Bonaparte berkehendak membebaskan 1200 tawanan turki, dia terserang batuk parah sehingga mengucapkan “Ma Saccre Toux”(batuk sial) tetapi perwira dia terdengar bahwa Napoleon Bonaparte mengatakan “Massacre Toux”(bunuh semua) sehingga sang perwira tersebut membunuh semua tawanan-nya.

Setiap kasino di Las Vegas tidak mempunyai jam dinding.
.
Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan ‘octothorpe’.

Mao Ze Dong tidak pernah memberus gigi sepanjang hayatnya. Beliau akan minum air teh untuk berkumur dan akan mengunyah daun teh mentah untuk membersihkan giginya.


Afrika Selatan secara rasminya memiliki 3 ibu negara? Ketiga-tiganya adalah Cape Town (majlis perwakilan), Pretoria (eksekutif), dan Bloemfontein (kehakiman).

tak kira macam mana sekalipun, sekeping kertas takkan boleh dilipat lebih dari 7 kali.(lipat dua).


Restoran McDonald yang terbesar di dunia terletak di Beijing, China. Ia seluas 8,500 meter persegi dan mempunyai 29 kaunter pembayaran.

Seekor Baboon bernama ‘Jackie’ menjadi prajurit rasmi dalam angkatan bersenjata Afrika Selatan pada Perang Dunia I.

The Michelin man (figur berbaju putih diiklan Michelin) bernama Mr. Bib. nama asalnya Bibendum pada iklan pertama tahun 1896.

Nama negara Filipina berasal dari nama Raja Phillip.

Karana kurangnya logam, piala Oscars yang dibagikan pada perang dunia ke II terbuat daripada kayu.

Ada 318,979,564,000 kemungkinan kombinasi pembukaan pertama pada catur.

Angka “172″ dapat ditemui pada wang kertas 5 dollar amerika, pada gambar semak-semak dibawah Lincoln Memorial.

Pada poster film ‘Pretty Woman’ Julia Robets terlalu pendek untuk boleh disejajarkan dengan Richard Gere. Maka digunakan model Shelley Michelle sebagai ganti tubuh Julia.

Bom pertama sekutu dijatuhkan di Berlin pada perang dunia ke II,membunuh satu-satunya gajah di Kebun Binatang Berlin.

Diperlukan 10 tahun bagi Leonardo Da Vinci untuk melukis Mona Lisa.Lukisan itu tidak ditandai dan di beri tarikh. Leonardo dan Mona mempunyai susunan tulang yang hampir sama dan menurut sinar X, ada 3 versi lukisan dibawah lukisan tersebut.

Nama dari kembar gemini adalah Castor dan Pullox.

Gerakan Bruce Lee sangat cepat sehingga mereka harus melambatkan filam agar kita boleh melihat semua gerakannya.

Topeng tokoh Michael Myers di film horor ‘Halloween’ sebenarnya topeng tokoh Captain Kirk (Star Trek) yang di cat putih, karana kekurangan biaya film.

The Olympic adalah saudara dari kapal Titanic, dan berlayar dengan selamat selama 25 tahun.

Saat Titanic karam, 2228 orang ada di dalamnya. Hanya 706 yang selamat.

Alasan kenapa diiklan jam kebanyakan jarumnya menunjuk pukul 10.10, karena jam seperti sedang tersenyum.

gula-gula getah tidak dijual di Disney Land.

Buku Guinness Book of Records memegang rekod sebagai buku yang paling banyak dicuri dari perpustakaan.

Coca Cola dulu berwarna hijau.

Friday 26 August 2011

jika dia jodohku...



Allah Yang Maha Pemurah, trm ksh Engkau tlh menciptakan dia dan mempertemukn aku dgnnya..
terima ksh utk saat2 indah yg blh kami nikmati bsama..
terima ksh utk setiap ptemuan yg boleh kami lalui bsama..
terima ksh utk setiap saat2 yg lalu..
aku dtg bsujud dihadapan Mu..
sucikan hatiku Yaa Allah, shgga dpt mlaksanakan kehendak dan rencana Mu dlm hdpku..
Yaa Allah..jika aku bkn pemilik tulang rusuknya,
jgnlah biarkn aku merindukan kehadirannya..
jgn biarkn aku melabuhkan hatiku di hatinya..
kikislah pesonanya dr pelupuk mataku..
dan usirlah dia dr relung hatiku..
gntilah damba kerinduan dan cinta yg bsemayam di dada ini dgn ksh dr dan dp Mu yg tulus dan murni..
tlglah aku agr dpt mengasihinya sbg shbt..
ttp jika Kau ciptakn dia utk aku Yaa Allah..
tlg satukn hati kami,
bantulah aku utk mcintai, mengerti dan menerima dia seutuhnya..
berikn aku kesbaran,ketekunan,dan kesungguhan utk memenangkn hatinya..
urapilah dia agr dia jg mencintai,mengerti dan mahu menerimaku..
dgn sgala klebihn dan kekuranganku sbgmana aku tlh Kau ciptakan..
yakinknlah dia bahawa aku sgguh2 mcintai dan rela mbagi suka dan duka aku dgnnya..
Yaa Allah Maha Pengasih..dengarlah doaku ini..
lepasknlah aku dr keraguan ini menurut kasih dan kehendak Mu..
Allah Yang Maha Kekal, aku tahu Engkau senantiasa mberikn yg tbaik buatku..
luka dan keraguan yg aku alami psti ada hkmahnya..
pergumulan ini mengajar aku utk hdp makin dkt pada Mu,utk lbh peka thadap suara Mu..
yang membimbing aku menuju terang Mu
ajarlah aku utk ttp setia dan sbr mnnti tbanya wktu yg tlh Engkau tntukn..
jadilah Kehendak Mu dan bkn Kehendak ku yg jd dlm stiap bhgian hdpku....
Yaa Allah...

Thursday 25 August 2011

Perempuan Berzina Bertaubatlah

 

Setiap 15 minit ada sahaja mangsa penceraian di kalangan orang-orang Islam di bumi yang bertuah ini....
Setiap 15 minit dalam setiap malam beratus yang berzina di bumi Allah ini

Wahai perempuan penzina
Jangan jadikan nafsu itu Tuhan kamu
Jangan diikutkan sangat perangai orang kafir
Sedarlah kamu orang sudah dimuliakan oleh Allah
Insan yang terpilih untuk masuk ke syurganya
Sedarlah nikmat iman itu amat berharga
Jangan kotorkan dengan maksiat dan dosa
Budaya orang kafir itu bukanlah Islam
Jangan samakan diri kau dengan mereka
Sesungguhnya zina itu adalah dosa besar

Janganlah mengajak lelaki pada berzina
Kasihanlah pada mereka
Jangan kau tarik mereka ke lobang neraka
Nafsu lelaki hanya satu yakni perempuan
Beristiqfarlah wahai perempuan penzina
Tutuplah pakaianmu dengan sempurna
Jangan didedahkan untuk mengoda lelaki
Tutuplah kaki kau yang gebu
Tutuplah dada kau yang cantik
Tutuplah rambut kau yang menawan
Simpanlah kesemuanya pada suami

Banyakkan buat kebajikan dan amalan
Banyakkan zikurallah dan ingatlah pada Tuhan
Nescaya terhapus segala noda yang membelenggu diri
Bertaubatlah sebelum nyawa berada di kerongkong
Tak terfikirkah kalian kalau Tuhan menarik nyawa tatkala kamu berzina
Di mana akhirnya nyawa kalian kalau bukan ke neraka?
Belum sempat kalian ke neraca pengadilan
Bau mayat kalian akan menjadi busuk
Kemaluan kalian akan digigit oleh kala jengking yang amat berbisa
Pedih menusuk dengan kesakitan dan seksa yang amat dasyat

Waktu kalian dikafankan
Terbukalah aib kalian yang selama ini dirahsiakan
Tubuh yang montok dan gebu menjadi layu kaku
Rambut kamu yang lembut luruh dan tidak bermaya
Kemaluan kamu penuh berlendir dan bernanah
Seluruh tubuh berlebam kesakitan
Busuk!!!!!
Sungguh Busuk!!!!
Jijik!!!
Sungguh Jijik!!!
Waktu itu tiada makna untuk bertaubat
Kalaulah dapat kembali ke dunia
Hanyalah harapan kosong
Semuanya sudah terlambat...

Sedarlah
Rasa kesedapan itu hanyalah sementara
Kerana segala nikmat dunia ini adalah sementara
Akhirat adalah tempat kita
Kekal abadi lamanya

Lawan perasaan cinta kalian pada lelaki
Lawan kesemua nafsu kalian
Kesemua itu adalah satu ujian dari Tuhan
Menentukan siapakah antara hamba-hambaNya yang terpilih

Ingatlah janji Allah itu benar
Tidak akan berkahwin perempuan penzina kecuali dengan lelaki penzina
Lelaki jahanam dan curang
Jangan sesekali mencabar kuasa takdir Tuhan
Ingatlah Tuhan yang menciptakan manusia
Dia Maha Mengetahu atas segalanya
Kita hanyalah hambanya
Insafilah diri
Tidak pernah ada cinta dan pengorbanan yang suci dan agung
Jangan sesekali serahkan cinta dan pengorbanan pada lelaki
Serahlah pada pemilik yang sebenar
Allah yang Maha Esa...

Dari Bahtera Menuju Islam



Seorang pakar kelautan menyatakan betapa terpesonanya ia kepada Al-Quran yang telah memberikan jawapan dari pencariannya selama ini. Prof. Jackues Yves Costeau seorang oceanografer, yang sering muncul di television pada acara Discovey, ketika sedang menyelam menemukan beberapa mata air tawar di tengah kedalaman lautan. Mata air tersebut berbeza kadar kimia, warna dan rasanya serta tidak bercampur dengan air laut yang Lainnya. Bertahun-tahun ia berusaha mengadakan penelitian dan mencari jawapan misteri tersebut. Sampai suatu hari bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia menjelaskan tentang ayat Al-Quran Surat Ar-Rahman ayat 19-20 dan surat Al-Furqon ayat 53. Awalnya ayat itu ditafsirkan muara sungai tetapi pada muara sungai ternyata tidak ditemukan mutiara.
Terpesonalah Mr. Costeau sampai ia masuk Islam. Kutipan ayat tersebut antara lain sebagai berikut: “Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan, yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalang.” (QS Al-Furqon: 53).

Profesor masuk Islam kerana kehebatan ayat Al-Quran



Terbukanya tabir hati ahli farmakologi Thailand Profesor Tajaten Tahasen, Dekan Fakultas Farmasi Universiti Chiang Mai Thailand, baru-baru ini menyatakan diri masuk Islam saat membaca makalah Profesor Keith Moore dari Amerika. Keith Moore adalah ahli Embriologi terkemuka dari Kanada yang mengutip surat An-Nisa ayat 56 yang menjelaskan bahwa luka bakar yang cukup dalam tidak menimbulkan sakit karena ujung-ujung saraf sensorik sudah hilang. Setelah pulang ke Thailand Tajaten menjelaskan penemuannya kepada mahasiswanya, akhirnya mahasiswanya sebanyak 5 orang menyatakan diri masuk Islam.
Bunyi dari surat An-Nisa’ tersebut antara lain sebagai berkut;”Sesungguhnya orang-orang kafir terhadap ayat-ayat kami, kelak akan kami masukkan mereka ke dalam neraka, setiap kali kulit mereka terbakar hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain agar mereka merasakan pedihnya azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagiMaha Bijaksana.”
Ditinjau secara anatomi lapisan kulit kita terdiri atas 3 lapisan global yaitu; Epidermis, Dermis, dan Sub Cutis. Pada lapisan Sub Cutis banyak mengandung ujung-ujung pembuluh darah dan syaraf. Pada saat terjadi Combustio grade III (luka bakar yang telah menembus sub cutis) salah satu tandanya yaitu hilangnya rasa nyeri dari pasien. Hal ini disebabkan karena sudah tidak berfungsinya ujung-ujung serabut saraf afferent dan efferent yang mengatur sensasi persefsi. Itulah sebabnya Allah menumbuhkan kembali kulit yang rusak pada saat ia menyiksa hambaNya yang kafir supaya hambaNya tersebut dapat merasakan pedihnya azab Allah tersebut.

Mahabesar Allah yang telah menyisipkan firman-firman-Nya dan informasi sebagian kebesaran-Nya lewat sel tubuh, kromosom, pembuluh darah, pembuluh syaraf dsb. Rabbana makhalqta hada batila, Ya…Allah tidak ada sedikit pun yang engkau ciptakan itu sia-sia.

hanya itu yang ku mahu untuk mu...



Aku ingin menjadi teman yang...
Selalu memberi
Aku ingin menjadi bantuan yang
Selalu bisa membuatmu senang

Aku ingin berarti sebanyak bagi kalian
Di setiap minit dan hari
Seperti kalian yang sangat berarti, teman,
Bagiku sepanjang hidup.

Aku ingin melakukan hal-hal besar dan
hal-hal yang bagus untuk mu,
Untuk hal abu-abu dari angkasa
Yang selalu terlihat warnanya;

Aku ingin mengatakan hal-hal yang baik
Yang sering aku dengar,
Aku ingin memberikanmu kegembiraan
seperti kalian yang telah memberi banyak,
Namun yang perlu kalian tahu
Aku berharap tidak akan pernah berubah;

Membuat kalian merasa sekaya hati,
menjalani kehidupan ..
Takut saat menghadapi sesuatu, ada kalian tempatku bersandar..

Dan bila aku memiliki satu keinginan saat ini,
aku hanya ingin untuk tetap sama ...
Menjadi Teman, seperti yang kau rasakan juga...
Kawan..

kenapa aku??




Kenapa aku sering diuji?

Firman Allah, maksudnya:
 " Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan
saja mengatakan; Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji?
Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum
mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui yg manakah org yg benar 
dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yg dusta."
(Surah al-Ankabut: 2-3)

Kenapa aku tidak dapat apa yg aku idam-idamkan?

Firman Allah, maksudnya: 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia
amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu,sesungguhnya Allah amat mengetahui
sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah al-Baqarah: 216)

Kenapa aku diuji ujian seberat ini?

Firman Allah, maksudnya: 
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai
dengan kesanggupannya."
(Surah al-Baqarah: 286)

Bagaimana kan ku hadapi ujian ini?

Firman Allah, maksudnya: 
" Wahai orang yg beriman! Bersabarlah kamu
(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kebajikan),
dan kuatkan kesabaran kamu lebih drpd kesabaran musuh
(di medan perjuangan), dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kpd Allah
supaya kamu berjaya) mencapai kemenangan)."
(Surah Ali-Imran: 200)

Firman Allah lagi, maksudnya: 
"Dan mintalah pertolongan(kepada Allah) dengan
jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya
sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yg khusyuk."
(Surah al-Baqarah: 45)

Apa yg aku boleh dapat dari semua ini?

Firman Allah, maksudnya: 
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org
mukmin diri dan harta mereka dgn memberikan (bayaran) syurga utk mereka..."
(Surah at-Taubah: 111)

Tuesday 23 August 2011

Antara sebab sainstis2 barat mempercayai Tuhan itu wujud


Artikel dari Mr. Cressy Morisson, bekas Presiden 'New York Academy Of Sciences' yang pertama kali terbit di dalam Reader's Digest Januari, 1948; kemudian dengan sokongan Professor C. A. Couldson, F. R.S. Profesor Matematik di Universiti Oxford ianya telah diterbit semula di dalam Reader's Digest November 1960. Rencana ini membuktikan para saintis mengakui betapa perlunya kehadiran tuhan yang maha Pencipta.

Kita masih lagi berada dalam keheningan subuh zaman saintifik dan setiap peningkatan sinar mentari membawa petunjuk akan keagungan Maha Pencipta. Setelah 90 tahun sejak Darwin membuat penemuan dengan semangat sains kemanusian dan dengan kepercayaan kepada pengetahuan yang semakin hampir kita dekati menyebabkan kita semakin bertambah yakin dengan adanya Tuhan.

 7 bukti sainstifik tentang kewujudan tuhan
Pertama : dengan menggunakan hukum matematik kebarangkalian, kita boleh membuktikan bahawa alam ini telah direkabentuk dan dicipta dengan kejuruteraan yang Maha Bijaksana. Jika anda ambil 10 keping wang syiling dan tandakan dari 1 hingga 10, kemudian masukkan ke dalam poket anda dan gaulkan syiling2 tersebut. Sekarang anda cuba mengambilnya secara teratur dari no. 1 hingga 10 dan masukkan kembali syiling2 tersebut dan gaulkan mereka kembali. Secara matematik, kita tahu bahawa kebarangkalian anda untuk mendapatkan syiling bernombor 1 adalah 1 dalam 10, peluang untuk mendapatkan no. 1 dan no. 2 secara berturutan adalah 1 dalam 100 dan peluang untuk mendapatkan 1, 2 dan 3 secara berturutan secara berterusan adala 1 dalam 1000 dan begitulah seterusnya. Peluang anda untuk mendapatkan no. 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 dan 10 secara berterusan adalah 1dalam 10 juta kali.

Mengikut kaedah yang sama, terlalu banyak keadaan yang ideal dan optima yang diperlukan di dalam kehidupan di atas bumi ini dan ianya pasti tidak akan wujud jika ianya terjadi dengan sendirinya. Bumi berpusing pada paksinya pada kelajuan 1,000 batu sejam. Jika ianya berpusing pada kelajuan 100 batu sejam, hari2 dan malam2 bumi akan menjadi 10 kali lebih lama dari sekarang, dan kepanasan matahari akan membakar seluruh tumbuhan pada waktu siang dan pada waktu malam pula, kehidupan yang ada ini akan membeku.

Matahari, sumber kehidupan ini, mempunyai suhu permukaan sebanyak 12,000 darjah Fahrenheit dan dunia ini mempunyai jarak yang optima jika dibandingkan dengan matahari supaya pancaran matahari sekadar cukup untuk memanaskan dan tidak terlalu berlebihan. Jika matahari memancar cahaya dengan kadar sebanyak 50% kurang dari yang ada sekarang, kita akan kebekuan dan jika ianya memancarkan 50% lebih pancaran, kita akan terbakar.

Kecondongan bumi sebanyak 23 darjah memberikan bumi 4 musim, jika bumi tidak condong sebanyak itu, wap dari lautan akan bergerak menuju utara dan selatan dan akan menyebabkan benua2 menjadi benua air batu. Jika bulan yang kita ada sekarang cuma berjarak sejauh 50,000 batu dari bumi dari jarak sebenarnya sekarang, air pasang surut dari lautan akan menjadi terlalu besar di mana dalam 2 kali sehari, seluruh benua di bumi akan ditenggelami air dan gunung ganang pun akan terhakis sama sekali. Jika lapisan teras bumi menjadi 10 kaki lebih tebal dari yang ada sekarang, ianya akan menyebabkan tiada lagi oksigen yang akan wujud di mana semua kehidupan akan mati. Jika lautan menjadi beberapa kaki lebih dalam dari yang ada sekarang, karbon dioksida dan oksigen akan terlarut semuanya di dalam lautan dan akan menyebabkan tiada tumbuhan lagi akan wujud. Atau jika atmosfera kita menjadi semakin tipis, sebahagian dari meteor akan terbakar di angkasa dan di bumi sebanyak berjuta2 kali dalam sehari dan akan mengenai bumi dan menyebabkan kebakaran di mana-mana jua. Disebabkan alasan-alasan di atas, tidak ada kemungkinan satu dalam berjuta-juta pun bahawa kehidupan di atas planet bumi ini terjadi secara kebetulan.

Kedua: Keadaan kehidupan itu sendiri untuk menyempurnakan tujuan kehidupan itu sendiri adalah manifestasi akan kewujudan yang Maha Bijaksana. Kehidupan itu sendiri, tiada manusia yang benar2 mengerti tentang pengertiannya. Ianya tidak mempunyai berat atau dimensi, tetapi ianya mempunyai kekuatan dan daya: akar yang hidup akan memecahkan batu.

Kehidupan telah menguasai air, daratan dan udara, telah menguasai elemen dan telah membentuk dan melarutkan elemen dan membuat perubahan kepada kombinasi mereka. Kehidupan, pencipta yang telah membentuk semua kehidupan yang ada, artis yang mereka bentuk setiap daunan untuk setiap pohonan dan mewarnakan setiap bunga yang ada. Kehidupan adalah ibarat pemuzik dan membuat setiap burung mempunyai lagu2 cinta mereka sendiri, serangga akan memanggil sesama mereka dalam nada beraneka mereka sendiri.

Kehidupan adalah ahli kimia yang agung, memberi rasa kepada setiap buah-buahan dan rempah ratus, dan memberi bauan kepada mawar dan bunga-bungaan lainnya, merubah air dan asid karbonik menjadi gula dan kayu dan dengan membuat demikian, menghasilkan oksigen agar setiap haiwan dapat hidup benafas. Awas, setiap tumpahan protoplasma yang hampir tidak kelihatan, lutsinar dan berbentuk seperti agar2 mampu bergerak dan mandapatkan tenaga dari cahaya matahari. Kehidupan satu sel ini menyimpan mikro-organisma kehidupan itu sendiri dan mempunyai tenaga untuk mengagih-agihkan kehidupan kepada setiap benda bernyawa amat berkuasa tetapi telalu kecil. Kuasa pada setiap tumpahannya adalah lebih besar dari tumbuhan, haiwan dan manusia itu sendiri, kerana setiap kehidupan adalah bermula darinya. Alam semula jadi tidak dapat mencipta kehidupan: batu-batuan yang panas dan kemasinan laut tidak dapat memenuhi keperluan kehidupan.

Tetapi, siapakah yang telah mewujudkan kehidupan itu sendiri?

Ketiga: Kebijaksanaan haiwan itu sendiri telah menyuarakan akan keagungan Maha Pencipta yang mamasukkan naluri ke dalam haiwan. Ikan Salmon menghabiskan beberapa tahun usianya di dalam lautan, akhirnya akan kembali kepada asal usul sungainya: akan berenang untuk kembali kepada sungai dan habitat di mana ia telah dilahirkan. Apakah yang menyebabkan mereka kembali ke tempat asal mereka dengan begitu tepat sekali?

Jika anda mengubah ikan tersebut kepada habitat lain, ikan ini akan mengetahui bahawa dia telah tersalah haluan dan akan berusaha sekali lagi untuk berenang menentang arus untuk menghabiskan destinasinya dengan lebih tepat lagi. Adalah lebih sukar lagi untuk menyelesaikan misteri kehidupan belut. Makhluk ajaib ini berhijrah apabila mencapai umur matang dari setiap kolam dan sungai di mana-mana merata dunia - dari Eropah akan menyeberangi beribu-ribu batu lautan - semuanya akan berkumpul pada lubuk yang dalam berdekatan laut Bermuda. Di sana mereka akan mengawan dan mati. Anak2 belut tanpa pengetahuan yang kita tahu kecuali hidup liar dalam lautan, walau bagaimanapun akan mengetahui jalan pulang mereka bukan sahaja persisiran pantai di mana ibu bapa mereka berasal bahkan sampai kepada setiap sungai atau kolam kecil di mana mereka berasal - menyebabkan setiap bahagian air akan sentiasa didiami oleh belut. Tiada belut Amerika yang ditangkap di Eropah dan begitu juga sebaliknya. Alam semulajadi juga telah melengahkan kematangan belut Eropah selama setahun atau lebih untuk menghabiskan jarak perjalanannya yang lebih panjang.

Dari manakah asalnya deria pengemudian mereka ini?

Keempat: manusia mempunyai lebih lagi dari naluri kehaiwanan - keupayaan untuk berlogika. Tiada haiwan yang berkebolehan untuk mengira dari 1 hingga 10 atau untuk memahami pengertian nombor-nombor itu. Di mana naluri ini adalah seumpama nota tunggal kepada seruling, indah tetapi terhad, otak manusia mempunyai kesemua nota-nota untuk semua peralatan dalam sebuah orkestra. Tidak perlu untuk menerangkan lebih lanjut tentang alasan yang keempat ini, terima kasih kepada manusia, logika ini menyebabkan manusia seperti manusia yang ada sekarang yang menerima secebis atau sedikit cetusan dari kebijaksanaan universal yang Maha Bijaksana.

Kelima: Kewujudan semua benda bernyawa adalah hasil dari fenomena yang diketahui pada masa ini dan tidak pada masa Darwin - keajaiban gen. Terlalu penting bagi gen yang bertanggungjawab terhadap semua manusia hidup di dalam dunia ini jika dikumpulkan di dalam suatu tempat, ruangan yang akan diambil oleh mereka tidak akan lebih dari ruangan yang diambil oleh satu jari manusia. Namun begitu, mikroskopik gen ini dan yang sebangsa dengannya kromosom, tinggal di dalam setiap sel hidup dan merupakan kunci kepada semua ciri-ciri manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Satu ruangan jari manusia adalah ruangan yang kecil untuk memenuhi kesemua ciri-ciri manusia seramai dua billion orang. Walau bagaimanapun, fakta ini tidak boleh dipersoalkan lagi. Lantas bagaimanakah gen ini mengunci ciri-ciri warisan manusia dari berbagai peringkat generasi manusia dan mengekalkan psikologi setiap individu di dalam suatu ruangan yang agak kecil? Di sini evolusi benar-benar bermula dari satu sel yang entitinya mewarisi dan membawa gen-gen. Bagaimana beberapa juta atom, terkunci sebagai mkiroskopik lampau, boleh menguasai dunia dan ianya merupakan contoh ciri-ciri yang berasal dari Kebijaksanaan Maha Agung - hipotesis dari mana lagikah yang mampu membuat ciptaan yang sedemikian rupa?

Keenam: Melalui ciri-ciri ekonomikal, kita terpaksa mengakui bahawa hanya dengan kebijaksanaan yang tidak terbatas telah melihat dan menyediakan satu sistem pengurusan sumber yang Maha Bijaksana. Beberapa tahun lampau satu spesis kaktus telah ditanam di Australia sebagai pagar-pagar penghalang.

Oleh kerana tidak mempunyai serangga pemusuh di Australia, pokok-pokok kaktus ini kemudiannya membiak dengan kadar yang amat tinggi sehinggakan tumbuhan ini telah memenuhi kawasan sepanjang dan sebesar England, menghalau inhabitan ke Bandar-bandar dan perkampungan, dan memusnahkan ladang-ladang. Sebagai usaha perlindungan, pakar tumbuhan dan serangga telah menjumpai sejenis serangga yang hanya semata-mata memakan pokok kaktus ini. Ianya membiak secara bebas dan tidak mempunyai musuh di Australia. Serangga ini kemudiannya menguasai tumbuhan ini dan bahaya kemaraan pohonan kaktus telah berjaya dikawal hanya dengan menggunakan serangga mampu untuk mengawal pohonan kaktus untuk selamanya. Ciri-ciri kawal dan periksa (check and balance) telah lama wujud pada alam maya ini.

Mengapakah tidak ada serangga yang pantas memakan menguasai dunia ini? Ini adalah kerana meraka tidak memempunyai paru-paru seperti yang ada pada manusia, mereka bernafas melalui tiub-tiub pernafasan. Bila serangga bertambah besar, tiub-tiub pernafasan mereka tidak membesar dengan nisbah pembesaran tumbuh mereka. Oleh kerana itu, tidak pernah ada serangga yang mempunyai tubuh yang besar dimana had-had pembesaran ini telah mengekang mereka semuanya di dalam kawalan. Jika ciri-ciri pengawalan ini tidak tersedia, manusia tidak akan wujud, bayangkan kita bertemu dengan serangga yang sebesar singa!

Ketujuh: Kenyataan manusia menerima konsep kepercayaan kepada tuhan itu sendiri adalah bukti yang paling unik. Konsep ketuhanan terhasil dari tahap-tahap manusia itu sendiri, tahap yang dipanggil sebagai pemikiran.

Dengan kekuatan daya ini, manusia dan hanya manusia mampu untuk mencari bukti perkara-perkara yang ghaib. Kekuatan ini telah mengungkap segala rahsia: sesungguhnya manusia adalah sesempurna penciptaannya maka pemikiran telah menjadi kenyataan kerohanian. Pemikiran mampu mengesan bukti-bukti penciptaan dan tujuan penciptaan yang hakiki dan tuhan adalah segala-galanya dan tuhan tidak pernah lebih dekat melainkan dengan jiwa manusia itu sendiri. Perkara ini adalah benar dari segi saintifiknya dan juga dari segi pemikiran yang mengungkap keagungan tuhan dan ciptaannya.

Rahsia Ubun-ubun (Dahi)


Firman Allah SWT:
Sekali-kali tidak! Sungguh, jika dia (Abu Jahal) tidak berhenti (berbuat demikian), nescaya Kami akan tarik ubun-ubunnya (ke dalam neraka!). (Iaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan dan derhaka.
(Al-‘Alaq: 15 & 16)
Fakta Saintifik
Otak manusia terdiri dari tiga lobus utama; lobus frontal, lobus oksipital, lobus temporal dan lobus parietalis. Setiap lobus mempunyai fungsi tersendiri. Namun, mereka saling bekerja bersama dan saling melengkapi antara satu sama lain. Lobus frontal di otak manusia adalah sangat berbeza dari haiwan kerana mengandungi pusat-pusat yang bertanggungjawab untuk percakapan dan perilaku manusia. Ianya juga mengandungi pusat saraf tertentu dengan fungsi dan tempat khusus termasuk pra-frontal korteks yang terletak betul-betul di belakang dahi dan membentuk bahagian utama dari lobus frontalis.
Bahagian korteks pre-frontal ini adalah unit utama untuk membina watak seseorang. Ia memainkan peranan dalam inisiatif dan penilaian/pertimbangan. Ia juga mengandungi kawasan motor percakapan Broca yang menyelaraskan proses menghasilkan suara antara organ-organ percakapan termasuk larynx, lidah, dan muka. Ia juga mengandungi zon pergerakan yang meliputi kawasan depan mata. Kawasan depan mata menyokong pergerakan terurus mata ke arah yang bertentangan.
Kawasan motor utama dan sekunder mengawal pergerakan kehendak otot-otot. Semua ini menunjukkan bahawa kawasan frontal dari lobus frontalis, yang terletak di dahi/ubun-ubun, mengarahkan perilaku dan membentuk keperibadian manusia. Kerosakan ke bahagian ini akan mengakibatkan kerosakan dalam kriteria moral dan kecekapan memori dan kemampuan mengatasi masalah-masalah logic akal.
Aspek –Aspek Saintifik Di Luar Keupayaan Manusia Untuk Meniru
Misteri ayat ini yang disebut di atas hanya dapat diselesaikan baru-baru ini. Tidak hairanlah mengapa Al-Quran Yang Agung menyebutkan bahawa bahagian ubun –ubun/ dahi sebagai suatu bahagian pembohongan dan kemaksiatan. Seterusnya, Al-Quran Yang Agung mengatakan bahawa bahagian tubuh ini akan dipukul dan ditarik; itu merupakan satu sebutan yang hampir kepada bahagian yang memantau perilaku manusia. Oleh itu ia adalah bahagian tubuh yang akan dipertanggungjawabkan atas perbuatan manusia. Betapa Maha Bijaksana Allah SWT memerintahkan bahagian ini ditempatkan di tanah semasa melakukan sujud (dalam solat) supaya ianya akan belajar menjadi jujur dan lurus. Firman Allah s.w.t:
“Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji (iaitu segala macam dosa besar, zina, dll) dan mungkar (iaitu kufur,syirik dan segala macam perbuatan jahat dll). Dan mengingati Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Al-`Ankabut: 45)
Rahsia Ubun-Ubun
Menurut Dekan Fakulti Pengajian al-Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Dr. Adnan Mohamed Yusoff, di dalam al-Quran ubun-ubun disebut nashiyah. Para ulama dahulu mentafsirkan ayat di atas iaitu ubun-­ubun yang berdusta adalah orang yang menipu. Katanya ayat itu ditafsirkan secara perbandingan. Dalam budaya dan peng­gunaan bahasa Arab, merujuk kepada anggota badan untuk dikiaskan dengan sifat seseorang adalah sesuatu yang lumrah. Contohnya, apabila hendak me­ngatakan seorang itu penipu dan pendus­ta mereka sifatkan pada anggota badan. Sama seperti di dalam bahasa Melayu yang disebut kiasan iaitu kaki bangku, panjang tangan dan telinga nipis.
“Dengan perkembangan sains yang semakin pantas, ulama mula meng­kaji maksud ubun-ubun dengan lebih terperinci. Kajian yang dilakukan oleh Sheikh Zahlun Najar dan Abdul Majeed Alzendanee, menemukan fakta tentang ubun-ubun yang boleh dikait­kan dengan al-Quran. Asalnya kajian itu dilakukan oleh sarjana barat. Di dalam otak kita ada satu bahagian yang berfungsi untuk mengawal diri, membentuk tingkah laku dan peribadi seseorang. Pusat kawalan itu adalah ubun-ubun yang letaknya di belakang dahi atau dipanggil frontal lobe. Di bahagian itulah pusat kawa­lan segala arahan dikeluarkan, mengawal tingkah laku, berbohong, berbuat salah, kejujuran dan membuat kepu­tusan. Anggota badan hanya menjadi tentera yang menjalankan arahan saja,” jelasnya.
Dr. Adnan menambah lagi, hasil kajian yang menggunakan teknologi canggih telah berjaya mengesan unsur pembohongan. Dari imbasan yang dilakukan, bahagian ubun-ubun meng­hasilkan tenaga yang banyak.
Di katakan semasa berbohong, im­basan menunjukkan 14 kawasan otak akan menjadi aktif berbanding hanya tujuh kawasan saja jika bercakap benar. Menurut Daniel Langleben, seorang ahli psikiatri dan pakar saintis neuro dari Universiti Pennsylvania, ada tiga bahagian otak yang bergerak lebih aktif semasa berbohong iaitu anterior cingu­late cortex, dorsal lateral prefrontal cortex dan parietal cortex. Dari pemerhatian­nya, semasa menipu, aliran darah ke bahagian itu bertambah. Ini bermakna otak sedang bekerja kuat untuk ber­dusta.
Di sini dapat dilihat seolah-olah ada satu pusat komputer yang duduk di ubun-ubun yang telah diset kan dalam mode sentiasa berada pada kedudu­kan benar sepanjang masa. Bila kita bercakap benar, tidak ada sebarang perubahan tenaga yang dapat dikesan pada ubun-ubun. Sebaliknya bila ber­cakap bohong ada tenaga yang dike­luarkan dan ia boleh dikesan.
Penerangan yang boleh dibuat dari perubahan tenaga itu ialah begini, semasa menipu aliran darah akan ber­tambah di bahagian ubun-ubun dan banyak tenaga yang digunakan untuk mencari alasan apa hendak diberikan. Atas alasan itu mereka memutuskan, menipu bukanlah satu perkara yang datang tiba-tiba. Otak harus berfikir benar atau tidak kemudian barulah keputusan dibuat untuk menipu.
Misalnya apabila kita hendak menipu katakanlah, “langit itu hijau”. Otak kita akan berfikir dahulu bahawa warna langit adalah biru tetapi kita hendak menafikannya. Otak akan bekerja keras untuk menafikannya sebelum menge­luarkan kata-kata bahawa langit adalah hijau. Bagi Dr. Adnan, apa yang dinyata­kan di dalam al-Quran memang ada hubungannya dengan penemuan sain­tifik. Sebagaimana yang Allah sebut ubun-ubun yang berdusta. Hasil pen­emuan mendapati, bahagian frontal lobe itulah yang paling banyak mengeluar­kan tenaga apabila keputusan untuk menipu dibuat.
“Jika sebelum ini ulama mentafsirkan ayat itu secara perbandingan. Secara hakikinya dari sudut saintifik, ayat itu boleh didalami lagi maksudnya. Ubun ­ubun itulah yang berdusta, berbohong, tidak patuh, tidak taat pada perintah Allah kerana ia membuat keputusan,” katanya.

Amalan Rasulullah SAW
Tambah Dr. Adnan, yang  menarik tentang nashiyah banyak disebut di dalam hadis. Malah Nabi amat me­ngambil berat tentangnya. Contohnya di dalam soal wuduk, Rasulullah me­nyapu kepala. Ada riwayat yang me­ngatakan maksud, menyapu kepala itu adalah sebahagian kepala dan ada juga yang kata keseluruhannya.
“Dan tafsiran tentang bahagian kepala yang mana, para fuqaha menga­takan ia melibatkan sebahagian dari kepala tetapi tidak kira di mana-mana.Namun apabila kita teliti, balik hadis yang mengatakan sebahagian adalah di bahagian hadapan saja iaitu di ubun­ ubun. Pendapat itu dikeluarkan ber­dasarkan beberapa riwayat yang me­ngatakan, Rasulullah apabila menyapu kepalanya, dari ubun-ubun bawa ke belakang dan dari belakang membawa ke ubun-ubun.
Sambungnya lagi, ada juga amal­an yang diajar oleh Rasulullah ketika berdoa setiap kali hendak tidur yang bermaksud “Aku memohon perlindungan Allah daripada kejahatan semua makhluk yang Engkau pegang ubun-ubunnya. “
Sebuah lagi hadis meriwayatkan tentang amalan yang Rasulullah lakukan ketika mendoakan orang lain mahupun untuk merawat. Seorang sahabat yang miskin datang mengadu dan minta Rasulullah berdoa untuknya supaya dia disenangi oleh orang lain dan dilayan dengan baik serta mendapat kelapang­an. Lelaki itu menceritakan balik, lalu Rasulullah sapu ubun-ubun saya dan berdoa kepada saya tiga kali.
Dalam satu peristiwa lain di mana Saad bin Abi Waqas sakit, Rasulul­lah datang melawatnya. Kemudian me­letakan tangannya di atas dahi (nashi­yah) lalu disapu ke muka, dada dan perut Saad. Rasullah berdoa kepada, Allah, wahai Allah sembuhkanlah Saad dan sempurnakan amalan kebajikan yang dilakukan.
“Daripada hadis-hadis yang diri­wayatkan, boleh dirumuskan bahawa ketika berdoa Rasulullah akan meme­gang ubun-ubun orang yang didoakan. Apabila hendak merawat orang sakit, tangannya, akan diletakan di dahi atau nashiyah juga.
“Itulah tandanya Rasulullah amat mengambil berat dan memberikan pen­jagaan yang baik dari segi fizikal serta rohani kepada nashiyah. Teknik yang diamalkan Rasulullah iaitu membelai rambut dan kepala, perlu dipraktikkan di dalam pendidikan secara sistematik. Di situ adalah pusat yang merang­sang iman dan pemikiran anak-anak, sepatutnya kaedah itu digunakan secara tersusun dan serius.
“Bila bersama-sama anak-anak kita usap kepalanya dan berdoa seba­gaimana yang Rasulullah amalkan. Ambil masa sedikit sebelum tidur atau semasa tidur jadikan amalan yang ter­atur. Amalan itu perlu diperluaskan di dalam masyarakat kita kerana ia ada kesan dari segi rohani dan spiritual. Di bahagian itu adalah pusat yang harus diberi perhatian dan tumpuan khusus oleh ibu bapa, guru, pendidik, pendak­wah untuk mentarbiahkan pelajar,” ulasnya.

10 amalan yg terbalik


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
  1.Amalan kenduri arwah  beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (mlm pertama,kedua,ketiga,ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yg dianjurkan oleh Rasullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan utk keluarga si mati utk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediakan mknn dan belanja utk mereka yg dtg membaca tahlil. Tidakkah mereka yg hadir mkn kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yg ditinggalkn oleh si mati atau harta peninggalan si mati yg belum dibahagikan kpd yg berhak menurut Islam?


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan $20.00 satu pelajaran
kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar $15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia